Freezeforshort

November 11, 2015 2015年11月11日

Freezeforshort is a fashion influencer who has been making some waves with Malaysia’s new generation of trendsetters. Encouraging them to embrace self-expression through fashion, it seems Freeze is almost always at the center of something social and exciting. But when he’s not attending fashion or cultural events, he is also busy trying to complete his university studies.


Freezeforshort ialah peneraju pendapat media sosial yang telah mencipta gegaran dengan generasi baharu penentu arah aliran Malaysia kebelakangan ini.  Menggalakkan mereka untuk menyelami ekspresi diri melalui fesyen, nampaknya Freeze hampir sentiasa berada di tengah-tengah sesuatu yang sosial dan mengujakan. Tetapi apabila dia tidak menghadiri acara fesyen atau kebudayaan, dia juga sibuk cuba melengkapkan pengajian universitinya.

Freeze tells us that he has noticed a big change in the social behavior of some of the local youth. As they are becoming more influenced by things they see on social media, their tastes are also becoming more globalized. Read more about other fashion trends in Southeast Asia in our interview below with Freezeforshort.


Freeze memberitahu kami bahawa dia telah menyedari perubahan besar dalam tingkah laku sosial sesetengah anak muda tempatan. Sambil mereka menjadi semakin depengaruhi oleh perkara-perkara yang melreka lihat di media sosial, citarasa mereka juga semakin bersifat sejagat. Baca lebih lanjut tentang trend fesyen lain di Asia Tenggara dalam temu ramah kami di bawah dengan Freezeforshort.

Neocha: How have you contributed to fashion awareness in Southeast Asia?

Freeze: I have an Instagram account, which I just use to post pictures from events and anything else that I think is funny and relevant really. I will use my hashtag #FreezeOOTD to share my outfits. But pictures of yourself can get boring – people will think you have no friends! I also like to create new things. For example, I think socks are the most underrated accessory, but I have a lot of cute socks so I started a new hashtag for that called #FreezeStinkySocks. Lately that’s been really fun. In the bigger picture, I am working to launch a web series that I’ll co-host with a well-known Chinese female blogger here. We want to show “what’s happening” here in Malaysia because there’s so much to appreciate, from fashion to food to nature.


Neocha: Bagaimanakah anda telah menyumbangkan kepada kesedaran fesyen di Asia Tenggara?

Freeze: Saya ada akaun Instagram, yang saya hanya gunakan untuk mengepos gambar-gambar daripada acara-acara dan benda-benda lain yang saya rasa melucukan dan relevan sebenarnya. Saya akan menggunakan hashtag saya #FreezeOOTD untuk berkongsi rekaan pakaian saya. Tetapi gambar diri sendiri boleh mencetus kebosanan – orang ramai akan menganggap anda tidak mempunyai kawan! Saya juga suka mencipta benda baharu. Contohnya, saya rasa stokin merupakan aksesori yang paling tidak dipandang, tetapi saya ada banyak stokin yang comel-comel jadi saya mulakan hashtag baharu untuk itu yang dipanggil #FreezeStinkySocks. Sejak kebelakangan ini ia amat menyeronokkan. Dalam gambaran yang lebih besar, saya sedang berusaha untuk melancarkan siri web yang saya akan hos bersama pemblog wanita berbangsa Tionghua yang sudah terkenal di sini. Kami mahu tunjukkan “apa yang sedang berlaku” di sini di Malaysia kerana terlalu banyak yang boleh dihargai, dari fesyen ke makanan ke alam semula jadi.

Neocha: You often travel between Penang and Kuala Lumpur to attend events. What is popular right now?

Freeze: I went to KL Fashion Week and it seems the combination of black and white is really popular. By the end of the week, everyone was wearing it, even myself. So the last day I forced myself to wear something different! Trends tend to happen in groups here. People follow the influencers on social media who get inspired mostly by the West, although each influencer has his or her own style.


Neocha: Anda sering mengembara di antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk menghadiri acara. Apakah yang popular sekarang?

Freeze: Saya pergi ke Minggu Fesyen KL dan nampaknya gabungan warna hitam dan putih benar-benar popular. Apabila tiba hujung minggu semua orang memakainya, malah saya juga. Jadi pada hari terakhir saya paksa diri untuk mengenakan sesuatu yang berlainan! Trend biasanya berlaku secara berkumpulan di sini. Orang ramai mengikuti pemengaruh dalam media sosial di mana mereka mendapat inspirasi kebanyakannya dari Barat, namun setiap pemengaruh mempunyai gaya tersendiri mereka.

Neocha: Are there any designers who are maintaining a sense of cultural tradition with their new designs?

Freeze: Yes, there’s a pattern called Batik. In the old days men wore it at home to be comfortable and women wore it after giving birth. It comes from Indonesia, but they wear it a lot in Malaysia. It’s becoming really commercialized. Celebrities and designers are creating many kinds of clothing with these traditional prints. I love how they make prints modern now, it’s really, really nice.


Neocha: Adakah mana-mana pereka yang mengekalkan penarapan budaya tradisi dalam rekaan naharu mereka?

Freeze: Ya, ada suatu corak yang dipanggil Batik. Pada zaman dahulu, orang lelaki memakainya di rumah untuk berasa selesa dan kaum wanita memakainya selepas melahirkan bayi. Ia datang dar Indonesia, tetapi mereka menggunakannya dengan kerap di Malaysia. Ia telah menjadi begitu dikomersialkan. Selebriti dan pereka mencipta pelbagai jenis pakaian dengan cetakan tradisional ini. Saya sukakan bagaimana mereka membuat cetakan secara moden sekarang, ia amat amat menarik.

Neocha: How do you find people are adapting to urban streetwear culture?

Freeze: People are making an effort to wear something that’s nice to show to others rather than what’s comfortable. They are more daring compared to the old days because they’ll try new colors and prints. Even the youngsters are posting #OOTD’s! It’s really exciting. I love when people feel good to express themselves. Of course people will look at you funny. I have a shirt that is a bit transparent and traditionally, men aren’t supposed to reveal the skin. But I want to be a role model for youth people by having more positive vibes, because some people can’t accept some things about urban culture.


Neocha: Bagaimanakah anda mendapati orang ramai menyesuaikan diri dengan budaya pakaian jalanan?

Freeze: Orang ramai melakukan usaha untuk mengenakan sesuatu yang menarik untuk ditunjukkan kepada orang lain daripada sesuatu yang selesa. Mereka lebih berani berbanding pada masa lalu kerana mereka mencuba warna dan corak baharu. Malah, anak-anak muda sekalipun mengepos #OOTD’s! Ia sungguh mengujakan. Saya suka apabila orang ramai merasa senang hati untuk mengekspresi diri mereka sendiri. Tentulah, orang ramai akan melihat anda dengan pandangan menghairankan. Saya ada baju yang agak sedikit jarang dan secara tradisional, orang lelaki tidak sepatutnya mendedahkan kulit mereka. Tetapi saya mahu menjadi perwatakan contoh untuk golongan muda-mudi dengan mencetuskan lebih suasana positif, kerana sesetengah orang tidak dapat menerima beberapa perkara tentang budaya bandar.

Instagram: @freezeforshort

 

Contributor: Alessandra Marconi


Instagram@freezeforshort

 

Penyumbang: Alessandra Marconi