Hisyamuddin Abdullah

March 17, 2016 2016年3月17日

UsopSontorian and Anak-AnakSidek were two popular cartoon series in Malaysia during the 1990s. One of the animators for both of these series was Hisyamuddin Abdullah’s late brother. Watching the work of his brother come alive on screen transformed what was only a childlike infatuation with cartoons into something more. It became an indescribable feeling of pride and satisfaction that eventually altered the way he looked at art as a whole. These events from his childhood led him to where he is now – being widely praised as a talented up-and-coming artist.


Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek merupakan dua siri kartun popular di Malaysia pada tahun 1990an. Salah seorang juruanimasi untuk kedua-dua siri ini ialah abang kepada Hisyamuddin Abdullah. Menyaksikan karya-karya abang beliau menjadi bergerak dan hidup di kaca TV telah mentransformasikan apa yang dahulunya minat seorang kanak-kanak dengan kartun kepada sesuatu yang lebih lagi. Ia menjadi satu perasaan bangga dan puas yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata yang selanjutnya telah mengubah cara beliau melihat dunia seni secara keseluruhannya. Peristiwa-peristiwa daripada zaman kanak-kanak beliau ini membawa kepada kedudukan beliau sekarang – sebagai pelukis baharu berbakat yang mendapat pujian sewajarnya.

Hisyamuddin Abdullah, now based in Kuala Lumpur, describes his own creations as “painting-drawing.” For the majority of his work, he almost exclusively works with charcoal and acrylic. His artwork can be distinguished by their moments of serenity, but at the same time is powerful and filled with tension; these qualities are further emphasized through his choice of color, tones, and composition. He works with a more realistic approach, and the main subject tends to be a person’s exaggerated expressions or movements. At other times, he will instead opt for a more cartoon-like sketch approach to create quirky, but also dramatic, illustrations. Satire, humor, and sarcasm are the foundations of his work. His self-portrait series, which might appear a bit narcissistic at first, is actually rhetoric that conveys his personal beliefs about the current sociopolitical climate of modern-day Malaysia.


Hisyamuddin Abdullah, kini berpangkalan di Kuala Lumpur, memerihalkan ciptaan beliau sendiri sebagai “catan dan lukisan.” Dalam kebanyakan hasil karyanya, beliau hampir-hampir secara eksklusif melukis menggunakan kayu arang dan akrilik. Karya seni beliau dapat dibezakan melalui penerapan saat-saat mendamaikan dalam lukisan beliau, namun pada masa yang sama ia bertenaga dan penuh dengan ketegangan; semua kualiti ini ditekankan lagi melalui pilihan warna, tona dan komposisi beliau. Beliau menerapkan pendekatan realistic, dan subjek utama cenderung kepada ekspresi atau pergerakan seseorang yang dilebih-lebihkan. Pada masa yang lain, beliau sebaliknya akan memilih pendekatan yang lebih kepada lakaran mirip kartun untuk menghasilkan ilustrasi yang aneh namun dramatik. Satira, humor dan sindiran menjadi asas kepada hasil karya beliau. Siri potret diri beliau, yang mungkin kelihatan agak narsisistik pada awalnya, sebenarnya merupakan retorik yang menceritakan kepercayaan peribadi beliau tentang iklim sosio-politik semasa Malaysia dalam dunia moden.

Born in a small village, located on an island off the eastern shores of Malaysia, Hisyamuddin’s art education didn’t officially start until 2008. That was the year where he graduated from the University of Technology with a Diploma in Fine Art before continuing on to obtain a Bachelor’s degree in painting. This was also the time when he was first exposed to the commotion and bustle of life in a big city like Kuala Lumpur. For him, being far away from the familiarity of home and having to navigate around a metropolitan city was emotionally and mentally taxing. He now considers that period of time as an immensely crucial part of his personal creative journey.


Dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak di sebuah pulau di pantai timur Malaysia, pengajian seni Hisyamuddin tidak bermula secara rasmi sehingga tahun 2008. Pada tahun itulah beliau telah dikalungkan dengan Diploma Seni Halus daripada Universiti Teknologi, sebelum meneruskan usaha untuk mendapatkan pula ijazah sarjana muda dalam lukisan cat. Ini juga merupakan waktu di mana beliau mula didedahkan kepada barisan hadapan kesibukan sebuah bandar raya besar seperti Kuala Lumpur. Berada jauh daripada keselesaan di kampung dan terpaksa pula mengemudi melalui celah-celah bandar raya metropolitan, menjadi bebanan berat ke atas mental dan emosi beliau. Beliau menganggap bahawa tempoh masa tersebut merupakan bahagian yang amat penting dalam perjalanan seni beliau.

Rather than being inspired by a certain space or place, Hisyamuddin finds that his work changes according to the different phases of his life. For example, when he was in school and felt homesick, his work would reflect that sense of longing for home. During that time, his creations focused around family bonding, particularly exploring his relationship with his father. “But now as I begin to live my own life in society, my work tends to have more emphasis on current issues that affects the people of Malaysia at large,” he reveals. His work is based on pop realism, using the figurative as a narrative device to express his ideas. The concepts he prefers to explore tends to revolve around the world around him, from personal experiences to national events. Hisyamuddin believes that an artist’s creativity and the view they try to share with the world will only be meaningful if it’s based on reality.


Daripada dipengaruhi oleh ruang atau tempat tertentu, Hisyamuddin sebaliknya mendapati bahawa karya seni beliau berubah mengikut fasa berbeza dalam hidup beliau. Sebagai contoh, ketika beliau masih belajar dan berasa rindu dengan kampung halaman, karya beliau mencerminkan perasaan kerinduan terhadap kampung halaman itu. Pada ketika itu, karya seni beliau bertumpu ke arah ikatan kekeluargaan, khususnya meneroka perhubungan yang terjalin antara beliau dengan bapa kandung beliau. “Tetapi sekarang sambil saya mula menjalani hidup saya sendiri dalam masyarakat, karya saya cenderung ke arah lebih penekanan ke atas isu-isu semasa yang mengesankan rakyat Malaysia secara amnya,” dedah beliau. Karya beliau berasaskan poprealisme, menggunakan figuratif sebagai alat naratif untuk meluahkan idea beliau. Konsep yang beliau gemar terokai kebiasaannya berkisar tentang dunia di sekeliling diri beliau, daripada pengalaman peribadi hingga peristiwa kebangsaan. Hisyamuddin percaya bahawa kreativiti seorang pelukis dan pandangan yang mereka cuba kongsi bersama dengan seluruh dunia akan membawa lebih makna seandainya ia berdasarkan realiti.

Even though Hisyamuddin sold every piece of artwork at his debut exhibit, he still expresses his concern about the financial instability of artists. “Being a full-time artist means that you depend on the sale of artworks alone for a living,” he says. “On top of that, the Malaysian art scene is still considered young and small, when compared to other countries like Indonesia or the Philippines, which means that the global art market does not really favor the works of Malaysian artists.” He believes that for now, Malaysian artists can only rely on a very small pool of art collectors willing to invest in local talent.


Walapun Hisyamuddin berjaya menjual setiap hasil karyanya di pameran julung beliau, beliau masih meluahkan perasaan bimbangnya tentang ketidakstabilan kewangan seorang pelukis. “Menjadi seorang pelukis sepenuh masa bermakna anda bergantung kepada jualan hasil karya semata-mata sebagai mata pencarian,” ujar beliau. “Selain itu, persekitaran seni di Malaysia masih dianggap awal dan kecil apabila dibandingkan dengan negara lain seperti Indonesia dan Filipina, bererti pasaran seni global tidak menggemari hasil karya pelukis Malaysia.” Beliau percaya bahawa buat masa ini, pelukis Malaysia hanya dapat bergantung kepada sebilangan kecil pengumpul karya seni yang sanggup melabur ke arah bakat-bakat tempatan.

Apart from doing local group exhibitions and international art fairs, Hisyamuddin is currently working towards hosting his second solo exhibition. “If the opportunity arises, I would like to partake in art residencies outside of Malaysia,” he adds. “It will be a welcome challenge. I like stepping outside of my comfort zone.”


Selain mengadakan pameran berkumpulan tempatan dan pertunjukan seni antarabangsa, Hisyamuddin kini sedang dalam usaha menjayakan pameran solo kedua beliau. “Sekiranya peluang timbul, saya ingin menyertai dalam residensi seni di luar Malaysia,” tambah beliau. “Ia akan menjadi cabaran yang dinanti-nantikan. Saya suka keluar daripada zon selesa saya.”