Between the Shadows

November 18, 2016 2016年11月18日

 

无法观看?前往优酷

Sabera Shaik has always been in love with shadows. As the founder and theatre director of Masakini Theatre Company, she sees the white screen to be an infinite canvas on which she’s able to paint with light, or rather the lack thereof, as opposed to brushes. To this purpose, she uses everything that casts interesting shadows, from the bodies of her actors, to water bottles, pillows covered in sequins, and more recently, paper cutaways inspired by wayang kulit.


Sabera Shaik telah lama jatuh cinta dengan bayang-bayang. Sebagai pengasas dan pengarah teater Masakini Theatre Company, beliau melihat layar putih itu ibarat sehamparan kanvas yang tiada batasnya, di mana beliau dapat mewarnainya dengan cahaya, atau sebenarnya menampan cahaya, dan bukan menggunakan berus. Demi mencapai tujuan ini, beliau menggunakan apa sahaja yang dapat menampan cahaya menjadi bebayang menarik, dari tubuh para pelakon beliau, hingga ke botol air, bantal bersarung labuci dan yang terkini, potongan kertas yang diilhamkan daripada wayang kulit.

Wayang kulit, otherwise known as shadow play, has gone through some rough times in Malaysia. Unlike in Indonesia where it seems to still flourish, Malaysian wayang kulit was banned in 1990 in Kelantan, a state where the art had previously thrived, being performed by Muslim dalangs or storytellers. Since wayang kulit’s stories were mainly based on the Hindu epic Ramayana, they didn’t align with the political vision of the state, and hence, this centuries long tradition was deemed un-Islamic and outlawed.


Wayang kulit, yang merupakan persembahan seni bayang, telah melalui waktu-waktu yang mencabar di Malaysia. Tidak seperti di Indonesia, di mana ia masih lagi berkembang mekar, wayang kulit di Malaysia telah diharamkan pada tahun 1990 di Kelantan, sebuah negeri di mana seni ini pernah menguasai satu ketika dahulu, dipersembahkan oleh tok dalang atau tukang cerita. Oleh kerana kisah-kisah wayang kulit kebanyakannya berdasarkan epik Hindu, Ramayana, ia tidak sejajar dengan wawasan politik negeri tersebut, maka tradisi yang telah berusia berkurun-kurun ini dianggap sebagai tidak mengandungi unsur-unsur ke-Islam-an dan telah diharamkan.

Sabera regards all art as sacred and thinks theatre is nurturing for the soul. With such strong sentiments, she couldn’t just let wayang kulit vanish. Sharing the same mentality as many other performers in Malaysia, she believes that we have to keep building on the traditional arts, so they can evolve and continue to stay relevant for the future generations.


Sabera menganggap semua bentuk kesenian sebagai kudus dan merasakan teater adalah sesuatu yang memupuk jiwa. Dengan sentimen yang sebegitu kuat, beliau tidak sanggup membiarkan wayang kulit terhapus begitu sahaja. Berkongsi mentaliti yang sama dengan ramai lagi penggiat seni di Malaysia, beliau percaya bahawa kita perlu terus membangunkan seni tradisional, agar ia dapat berevolusi dan kekal relevan untuk generasi masa depan.

“These days people need visual things – it’s such a visual world,” says Sabera, and it seems like she’s really onto something. In the world of Instagram, Netflix and Hollywood blockbusters, our brains are conditioned to absorb visual cues. But movies may be an expensive pastime, especially if you want to entertain a family of five in Malaysia. Wayang kulit, rich with teachings and whimsical images, is perfectly positioned to be a hit in the country. “There should be a lesson in it too so that kids go back and think – hey, what happened in that story, what does it actually mean? Because everything is too literal nowadays. People don’t have to think anymore.”


“Dewasa ini orang ramai memerlukan sesuatu yang visual; dunia ini sesungguhnya amat visual,” ujar Sabera, dan nampaknya beliau benar-benar berniat besar. Dalam dunia Instagram, Netflix dan filem pecah panggung Hollywood, fikiran kita telah diajar untuk menyerap bayangan-bayangan visual. Namun filem merupakan waktu lapang yang mahal, apatah lagi jika anda mahu mencari hiburan untuk sebuah keluarga sebesar lima orang di Malaysia. Wayang kulit yang kaya dengan pengajaran dan imej-imej yang pelik, telah diletakkan pada posisi terbaik untuk digemari ramai di negara ini. “Seharusnya ada pengajaran di dalamnya supaya kanak-kanak dapat mengimbas kembali dan berfikir: Eh! Apakah yang terjadi pada kisah itu? Apakah maksud sebenarnya? Kerana segalanya terlalu harfiah dewasa ini. Orang ramai tidak perlu berfikir lagi.”

Sabera feels that the lack of education in liberal arts is one of the biggest pains of Malaysia, a manifestation of a concealed ailment, one that if ignored for long enough can harm the country. “Tradition and culture keep the family grounded, so you don’t lose your identity and your ethics. History is what you need to be able to go forward.”


Sabera merasakan kurangnya pendidikan dalam bidang seni liberal menjadi duri dalam daging di Malaysia, sebuah manifestasi penyakit yang disembunyikan, yang mana jika dibiarkan cukup lama, mampu memudaratkan negara. “Tradisi dan budaya menjadikan keluarga berpijak di bumi nyata, agar anda tidak kehilangan identiti dan etika anda. Sejarah ialah apa yang anda perlukan untuk menolak anda melangkah ke hadapan.”

With this in mind, Sabera and her crew set on a journey to popularise shadow theatre and bring it under the roofs of community halls and everyday homes of Malaysians. “If you do something that’s modern and make it beautiful and visual, it will captivate children, and so far, children seem to love the shadows.”


Dengan minda yang tertanam dengan semangat ini, Sabera dan krew beliau melangkah dalam sebuah perjalanan untuk mempopularkan teater bebayang dan dan membawanya di bawah naungan dewan-dewan komuniti dan kediaman biasa di Malaysia. “Sekiranya anda melakukan sesuatu yang moden dan jadikan ia cantik dan visual, ia akan menambat hati kanak-kanak, dan setakat ini, kanak-kanak nampaknya suka pada bayang-bayang.”

Websitemasakinitheatre.com.my

 

Contributor, Photographer, and Videographer: Gloria Kurnik


Laman webmasakinitheatre.com.my

 

Penyumbang, Jurufoto, Juruvideo: Gloria Kurnik