KLEX

November 17, 2016 2016年11月17日

The Kuala Lumpur Experimental Film, Video & Music Festival (KLEX) is a grassroots and artist-run international festival of experimental cinema and music. The event was founded in Malaysia back in 2010 by a cross-disciplinary group of local artists, and returns this year in its seventh edition as KLEX 2016: SPARK on November 24 – 27th, 2016. The festival aims to function as a platform to introduce and promote contemporary experimental cinema and music from the Asia region and beyond to a mostly Malaysian audience and to cultivate greater understanding, learning and creative exchange among local and international experimental art communities. Some of the festival components include: KLEX open programmes, international guest programmes, a non-camera film workshop, artist lectures, and many audio-visual and music performances.


Pesta Filem, Video & Muzik Eksperimental Kuala Lumpur (KLEX) merupakan pesta filem dan muzik ekperimental antarabangsa yang dikelolakan oleh para artis dan golongan akar umbi. Acara ini diasaskan di Malaysia pada tahun 2010 oleh sekumpulan artis tempatan daripada pelbagai disiplin, dan kembali tahun ini dalam edisi ketujuhnya sebagai KLEX 2016: SPARK pada 24-27 November 2016. Pesta ini bermatlamat untuk berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan filem dan muzik eksperimen dari benua Asia dan selanjutnya kepada penonton Malaysia pada umumnya dan untuk memupuk pemahaman, pembelajaran dan pertukaran kreatif yang lebih giat di antara komuniti seni eksperimen tempatan dan antarabangsa. Antara komponen pesta ini termasuklah: Program terbuka KLEX, program tetamu antarabangsa, sebuah bengkel filem bukan kamera, syarahan artis, dan pelbagai lagi persembahan audio-visual dan muzik.

In its run, KLEX has curated and showcased experimental films, videos, music and performances from all around the world – from all across Asia, Africa, Australia, Europe, North and South America. The festival features KLEX Open Programmes with work selected from an open call, and International Guest Programmes that are curated by international artists invited by KLEX. In addition to the screening programmes, KLEX’s music and audio-visual performance programme has become a very integral part to the festival since 2011. In 2014, KLEX launched its music and performance lab series Serious Play Improv Lab (SPIL) to facilitate collaborations among musicians and performers through improvisation.


Dalam tempoh kewujudannya, KLEX telah menghasilkan dan memaparkan filem, video, muzik dan persembahan eksperimental dari seluruh dunia – dari serata Asia, Afrika, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan. Pesta ini memaparkan Program Terbuka KLEX dengan hasil karya yang dipilih daripada jemputan terbuka, dan Program Tetamu Antarabangsa yang diolah oleh artis-artis antarabangsa yang dijemput oleh KLEX. Sebagai tambahan kepada program tayangan, program muzik dan audio-visual KLEX juga telah membentuk bahagian yang penting dalam pesta ini sejak tahun 2011. Pada tahun 2014, KLEX telah melancarkan siri makmal muzik dan persembahannya, Serious Play Improv Lab (SPIL), untuk memberi ruang kerjasama antara pemuzik dan penghibur melalui kaedah improvisasi.

This year, the festival events will take place at several artist-run independent art spaces in Kuala Lumpur: Lostgens’ Contemporary Artspace, Findars and Da Huang Pictures. KLEX 2016 is made possible with the support of these venues, and also from the Goethe-Institut Malaysia, Next New Wave and the Korean Association of Film Education (KAFE). This year’s festival has received over 250 submissions via the open call, from Malaysia and other countries from around the world, including Argentina, Belgium, Canada, China, France, Germany, Japan, Iceland, Indonesia, Italy, Iran, Mexico, the Philippines, Singapore, Switzerland, Thailand, the UK, USA, and Vietnam.


Tahun ini, acara pesta ini akan diadakan di beberapa ruang seni bebas yang dikendalikan oleh artis di Kuala Lumpur: Lostgens’ Contemporary Artspace, Findars dan Da Huang Pictures. Sokongan tempat-tempat ini, dan juga daripada Goethe-Institut Malaysia, Next New Wave dan Persatuan Pendidikan Filem Korea (KAFE) telah memungkinkan KLEX 2016 untuk direalisasikan. Pesta tahun ini telah menerima lebih daripada 250 penyertaan melalui jemputan terbuka, dari Malaysia dan negara-negara lain dari seluruh dunia, termasuk Argentina, Belgium, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, Iceland, Indonesia, Itali, Iran, Mexico, Filipina, Singapura, Switzerland, Thailand, UK, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

The theme of this year’s KLEX 2016 is “spark”. A spark, by definition, can start a light, a fire, an electric current, an interest, or a relationship. It is that very crucial moment when things ignite and simply “happen”. It could take the form of a few sparkling lights, or it could erupt into majestic fireworks. Just like how a person can’t clap with one hand only, it takes two to come into contact with one another in order to generate a spark. And when they come together and suddenly ignite, something unexpected happens, something that couldn’t have existed without them coming together in the first place – a truly magical moment!


Tema KLEX 2016 tahun ini ialah “spark” atau “percikan api”. Percikan api, mengikut definisi, boleh mencetuskan cahaya, api, arus elektrik, minat, atau perhubungan. Pada suatu detik penting itulah segalanya menjadi bernyawa dan “hidup” dengan begitu sahaja. Mungkin ia akan membentuk beberapa percikan cahaya, atau mungkin juga ia meletus menjadi bunga api yang maha hebat. Seperti juga bagaimana kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan, dua jiwa diperlukan untuk berhubung antara satu sama lain lalu mencetuskan percikan api itu. Dan apabila mereka bersatu dan tiba-tiba meletus, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, sesuatu yang tidak mungkin akan wujud tanpa mereka bersatu pada mulanya – suatu detik yang sesungguhnya ajaib!

Previously known as just an experimental film festival, in 2015 KLEX modified its official festival name to “Kuala Lumpur Experimental Film, Video & Music Festival”, to broaden its scope and include experimental music in its programme. For KLEX founder Kok Siew Wai, music has always been an integral part of KLEX’s identity and vision. This year, the festival has a varied and splendid international line-up of experimental artists and musicians, including Asger Thomsen (Denmark), C-drÌk (Belgium/Germany), Charlotte Clermont (Canada), Dharma (Singapore), DJ Urine (France), Ikbal S. Lubys (Indonesia), Liu Fangyi (Taiwan), Nous perçons les oreilles (Canada), Paul Timings (New Zealand), Riar Rizaldi (Indonesia) and Yngel (Denmark).


Sebelum ini dikenali sebagai cuma sebuah pesta filem eksperimental, pada tahun 2015 KLEX telah mengubah nama pesta rasminya kepada “Pesta Filem, Video & Muzik Eksperimental Kuala Lumpur”, untuk meluaskan lagi skopnya dan memasukkan muzik eksperimental dalam programnya. Bagi pengasas KLEX Kok Siew Wai, muzik merupakan sebahagian daripada identiti dan wawasan KLEX yang penting. Tahun ini, pesta ini mempunyai barisan artis dan ahli muzik eksperimental antarabangsa yang pelbagai dan hebat, termasuklah Asger Thomsen (Denmark), C-drÌk (Belgium/Jerman), Charlotte Clermont (Kanada), Dharma (Singapura), DJ Urine (Perancis), Ikbal S. Lubys (Indonesia), Liu Fangyi (Taiwan), Nous perçons les oreilles (Kanada), Paul Timings (New Zealand), Riar Rizaldi (Indonesia) dan Yngel (Denmark).

In addition to the scheduled performances and screenings, there will also be a non-camera film workshop, which will teach different ways to create or destroy images on 16mm film, with clear leader film and found footage – all without the use of a camera! The participants will bring their own materials such as ink, pens, newspaper, plastic bags, hole punchers, and so on. The workshop will experiment with and push the possibilities of image-making with hand-drawn animations, abstract textures, and other analog techniques. Be sure to check out the KLEX website for more details on this year’s festival!


Sebagai tambahan kepada persembahan dan tayangan yang dijadualkan, terdapat juga bengkel filem bukan kamera, yang akan mengajar cara-cara yang berbeza untuk mencipta atau menghapuskan imej pada filem 16mm, dengan bahagian pangkal filem dan kaki filem dijumpai yang nyata – semuanya tanpa penggunaan kamera! Para peserta akan membawa bahan-bahan mereka sendiri seperti dakwat, pena, surat khabar, beg plastik, penebuk lubang, dan sebagainya. Bengkel ini akan bereksperimen dan mengusulkan kemungkinan dalam pembuatan imej dengan animasi lukisan tangan, tekstur abstrak, dan teknik-teknik analog yang lain. Pastikan anda melayari laman web KLEX untuk maklumat lanjut mengenai pesta tahun ini!

Websiteklexfilmfest.com
Facebook~/klexfest

 

Contributor: Leon Yan
Images Courtesy of KLEX


Laman webklexfilmfest.com
Facebook: ~/klexfest

 

Penyumbang: Leon Yan
Imej Sumbangan KLEX