Eu Jin Lim is a Kuala Lumpur-based artist and architect, who graduated from The Glasgow School of Arts. Having previously worked in firms in Malaysia, China and Japan, he has managed to accumulate graphical and architectural experience both locally and abroad. Growing up, he was exposed to comic books and manga. The illustrations of these graphic novels left a deep impression on him, and Eu Jin’s fascination with the medium only grew from there. Nowadays, he creates comics of his own by combining stylistic elements of technical architectural blueprints into manga-styled sequential frames.
Eu Jin Lim merupakan seorang artis dan arkitek yang berpangkalan di Kuala Lumpur, berkelulusan daripada Glasgow School of Arts. Dengan bekerja dalam firma-firma di Malaysia, China dan Jepun sebelum ini, beliau telah berjaya mengumpulkan pengalaman grafik dan senibina kedua-duanya dari dalam dan luar negeri. Semasa membesar, beliau telah didedahkan dengan buku-buku komik dan manga. Ilustrasi dalam novel grafik ini meninggalkan kesan mendalam ke atas beliau, dan ketaksuban Eu Jin dalam media ini berkembang dari situ. Dewasa ini, beliau mencipta komik tersendiri dengan menggabungkan unsur-unsur yang mempunyai gaya cetakan biru senibina dengan petak-petak turutan dalam gaya manga.
Eu Jin’s first project was A Repository for the Fairy Tales Culture. This piece of work celebrates the history and tradition of fairy tales culture in Copenhagen. He drew inspiration from the popular fantastical tales written by the famed Danish author, Hans Christian Anderson, and it was created as part of Eu Jin Lim’s master thesis. Forgoing the typical style of architectural diagrams filled with arrows, figures and numbers, he creatively added other fantastical elements and details by weaving in a story about a character running through the actual city of Copenhagen. Eu Jin continued his experimentation of mixing architecture with comics in his next two series, Drawing Soane’s and Drawing the Blue Mansion.
Projek pertama Eu Jin ialah Repositori untuk Budaya Hikayat Dongeng Pari-pari. Hasil kerja ini meraikan sejarah dan tradisi budaya hikayat dongeng pari-pari di Copenhagen. Beliau memerah ilham daripada hikayat popular mengagumkan nukilan pengarang terkenal Denmark, Hans Christian Anderson, dan ia dicipta sebagai sebahagian daripada tesis sarjana Eu Jin Lim. Dengan melepaskan gaya diagram senibina yang lazimnya dipenuhi dengan anak panah, angka dan nombor, beliau secara kreatif menambah unsur-unsur dan butir-butir mengagumkan yang lain dengan menyulamkan kisah tentang watak yang melalui bandar raya Copenhagen yang sebenar. Eu Jin meneruskan eksperimen beliau yang mencampur aduk senibina dengan komik dalam dua siri beliau yang seterusnya, Melukis Soane dan Melukis Rumah Agam Biru.
Drawing the Blue Mansion was published in collaboration with Laurence Loh and Lin Lee Loh Lim of the landmark Blue Mansion in Penang, Malaysia. It is based on the romanticized daily life of Cheong Fatt Tze and his seventh wife, Tan Tay Po. The drawings are a pictorial and graphical narration to the history and heritage of the Blue Mansion. Neocha recently had the opportunity to talk to Eu Jin about the inspiration behind this project as well as his artistic approach.
Melukis Rumah Agam Biru telah diterbitkan dengan kerjasama Laurence Loh dan Lin Lee Loh Lim daripada Rumah Agam Biru yang menjadi satu mercu tanda di Pulau Pinang, Malaysia. Ia didasarkan daripada olahan secara romantik kehidupan harian Cheong Fatt Tze dan isteri ketujuh beliau, Tan Tay Po. Lukisan-lukisan adalah penceritaan bergambar dan bergrafik ke atas sejarah dan warisan Rumah Agam Biru. Neocha baru-baru ini telah berpeluang untuk berbual dengan Eu Jin tentang ilham di sebalik projek ini serta pendekatan seni yang beliau gunakan.
Neocha: Can you share with us how the Blue Mansion became a source of inspiration for you?
Eu Jin: After being back home in Malaysia, I was looking for a piece of architecture that has qualities I could use to put my art to the test. The iconic Cheong Fatt Tze Mansion (aka The Blue Mansion) was the best place for the job. It’s situated in the world heritage site of George Town. This award-winning edifice is a testimony to the stunning brilliance of eclectic architecture in the Straits Settlements and has been an unending source of creativity. There are so many hidden stories that lie behind the architectural details, form, and spaces. On the other hand, it is also a place that has a romantic love story to go along with the architecture. The idea was to put the heritage of the architecture into a newly drawn perspective – for both tourists and locals alike.
Neocha: Bolehkah anda berkongsi dengan kami bagaimana Rumah Agam Biru menjadi sumber ilham anda?
Eu Jin: Selepas kembali ke Malaysia, saya tercari-cari karya senibina yang mempunyai kualiti yang saya boleh gunakan sebagai ujian ke atas karya seni saya. Rumah Agam Cheong Fatt Tze (juga dikenali sebagai Rumah Agam Biru) yang ikonik merupakan calon terbaik untuk tugasan ini. Ia terletak dalam tapak warisan dunia George Town. Bangunan yang memenangi anugerah ini adalah perakuan kepada keunggulan mengagumkan senibina eklektik di Negeri-negeri Selat dan telah menjadi sumber kreativiti yang tiada hentinya. Terdapat banyak kisah tersembunyi yang tersirat di sebalik perincian, bentuk dan ruang senibinanya. Dengan kata lain, ia juga merupakan tempat yang memiliki kisah cinta romantik untuk diceritakan bersama-sama dengan senibinanya. Ideanya ialah untuk meletakkan warisan senibina ke dalam perspektif baharu yang dilukiskan – untuk kedua-dua pelancong dan juga penduduk tempatan.
Neocha: When did you first become interested in drawing?
Eu Jin: I have always been a big fan of comics. But I am more fascinated by their illustration techniques than the actual stories. I was exposed to many works from Japanese manga, Hong-Kong man-wa, western comics, and Malaysian comic strips at a very young age. They were all conveniently available at barbershops, grocery shops and even hawker stores. At that time, I would even select a page with a layout I liked, then try to imitate it exactly on another sheet of paper, and I would consider it to be my own work. Maybe that explains the strict, poster-like page layout in in the majority of my work.
Neocha: Bilakah anda mula-mula menanam minat melukis?
Eu Jin: Saya sememangnya selama ini seorang peminat setia komik. Tetapi saya lebih teruja dengan teknik ilustrasinya daripada kisah sebenar yang dijalinkan. Saya telah didedahkan dengan banyak hasil kerja daripada manga Jepun, man-wa Hong-Kong, komic barat dan jalur komik Malaysia pada usia yang amat muda. Semuanya boleh didapati dengan mudah di kedai gunting, kedai runcit malah di kedai makan juga. Pada ketika itu, saya akan memilih halaman dengan tataletak yang saya suka, kemudian menirunya bulat-bulat di atas sehelai kertas lain dan saya anggap itu ialah hasil kerja saya sendiri. Mungkin inilah sebabnya mengapa kebanyakan hasil kerja saya mempunyai tataletak halaman seperti poster yang kemas.
Neocha: How did you get the idea to combine storytelling with architectural orthographic drawings?
Eu Jin: I have no intentions of challenging the precision and informative qualities orthographic drawings can offer. However, architecture in most cases, is good only with the stories of people in it. I’ve always found both sides of the stories relevant in any great architecture. For me, having the crossover between both mediums is when you’d find interesting moments in your drawings. They share many technical similarities in terms of how they deal with lines, frames, gutters, and layout. I have borrowed techniques from both comic artists and architects. Scripting, planning, and storyboarding in general took a long time compared to the actual production of these drawings.
Neocha: Bagaimanakah anda mendapat idea untuk menggabungkan penceritaan kisah dengan lukisan ortografi senibina?
Eu Jin: Saya tidak berniat untuk mencabar kualiti bermaklumat dan berketepatan yang ditawarkan oleh sesebuah lukisan ortografi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, senibina adalah menarik hanya apabila dihiasi dengan kisah daripada mereka yang mendiaminya. Saya sering dapati bahawa kedua-dua sudut cerita adalah relevan dalam mana-mana senibina yang hebat. Bagi saya, mempunyai silang lintas di antara kedua-dua media adalah apabila anda menemui saat-saat menarik dalam lukisan anda. Ia berkongsi banyak persamaan teknikal dari segi bagaimana garisan, rangka, alur dan tataletak digunakan. Saya telah meminjam teknik daripada kedua-dua artis komik dan arkitek. Penulisan skrip, perancangan dan pembuatan papan cerita secara amnya mengambil masa yang lama berbanding penghasilan sebenar lukisan-lukisan ini.
Neocha: Does the way you approach these drawings affect how you think as an architect? What do you have planned for the future?
Eu Jin: Very much so. Hopefully other people who have the same passion can see it. However, I am hoping that these drawings could maybe take shape in a three dimensional format in the near future. These techniques are not something totally new, we’ve seen recent architects and artists like Jimenez Lai, Chris Ware, Li Han, CJ Lim, Joost Swarte, and many others that have constantly explored the potential of these mediums that I’ve referred to throughout the course of my works. I hope that my drawings can be on par with the work of my idols someday.
Neocha: Adakah cara anda mendekati lukisan-lukisan ini memberi kesan kepada bagaimana anda berfikir sebagai seorang arkitek? Apakah yang anda telah rancang untuk masa depan?
Eu Jin: Lebih kurang begitulah. Harap-harap orang lain yang mempunyai minat yang sama dapat merasakannya. Walau bagaimanapun, saya berharap agar lukisan-lukisan ini mungkin dapat dibentuk dalam format tiga dimensi tidak lama lagi. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baharu sepenuhnya, kita telah melihat arkitek-arkitek yang baharu seperti Jimenez Lai, Chris Ware, Li Han, CJ Lim, Joost Swarte dan ramai lagi yang telah secara berterusan menerokai potensi yang ada pada media ini yang telah saya terapkan ke keseluruhan karya saya. Saya berharap agar lukisan-lukisan saya dapat mencapai tahap yang setara dengan karya idola saya satu hari nanti.