The Creations of Minifanfan

May 19, 2016 2016年5月19日

Eng Gee Fan creates under the fitting, self-given pseudonym of Minifanfan. This 152cm tall Malaysian Chinese artist is a self-professed lover of “minimalism,” “bob cuts,” and “tomatoes” – her unorthodox list of interests is quite revealing of her quirky personality. But besides being well known for her cute illustrations, she also handcrafts cards, pins, and pillows that feature the recurring characters from her fantasy world. Minifanfan likes to describe her illustrations as “happy drawings for happy people,” and her ultimate goal is a rather simple one: she wants to spread joy and happiness to people through her art.


Eng Gee Fan berkarya dengan nama Minifanfan, yang dicipta sendiri dan sesuai dengan nama asal beliau. Dengan ketinggian 152cm, artis Malaysia berketurunan Tiong Hua ini mengaku sebagai pendukung minimalisme, gaya rambut “bob cut” (potongan serkup) dan tomato – senarai minat beliau yang tidak ortodoks memperlihatkan personaliti beliau yang agak berlainan. Tetapi, selain terkenal kerana ilustrasi beliau yang kelihatan comel, beliau juga menghasilkan kraftangan berbentuk kad, pin dan bantal yang memaparkan watak-watak yang sering muncul dalam dunia fantasi beliau. Minifanfan memerihalkan ilustrasi beliau sebagai “lukisan menggembirakan untuk orang yang gembira,” dan matlamat utama beliau agak mudah – beliau ingin menyebarkan kegembiraan dan kebahagian kepada orang lain melalui karya seni beliau.

Minifanfan traces her great love for illustration all the way back to her childhood days when she would watch the Sailor Moon anime series. She would later go on to major in visual communication in art school. During her studies, one of her professors continuously encouraged her to step out of her comfort zone; his encouragement helped Minifanfan come into her own as an artist. Heeding his advice, she began attending art markets and it was there that she discovered her interest with handcrafted items. In her early days as an artist, Minifanfan was content with just knowing people enjoyed her work; but in recent years, she decided to focus on seriously pursuing art as a full-time job. Slowly but surely, Minifanfan began building a cute imaginary world populated with her diverse illustrated characters.


Minifanfan belajar komunikasi visual semasa di kolej, tetapi menjejak kembali minat beliau terhadap ilustrasi semenjak zaman kanak-kanak lagi sambil menonton anime Jepun, Sailor Moon. Ketika di universiti, salah seorang profesor beliau secara berterusan telah menggalakkan beliau keluar daripada zon selesa beliau, dan Minifanfan percaya ini telah meninggalkan kesan ke atas dirinya, yang berkekalan hingga ke hari ini; Pada sekitar waktu inilah beliau mula berjinak-jinak dengan pasar seni, di mana di situlah beliau menanam minat dalam ilustrasi dan barangan kraftangan. Pada mulanya Minifanfan berpuas hati setakat ada beberapa orang yang meminati hasil karya beliau. Tetapi selepas menamatkan pengajian, beliau memutuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadikan seni sebagai kerjaya sepenuh masa. Secara perlahan-lahan namun pasti, Minifanfan mula membangunkan dunia khayalan comel yang dihuni oleh pelbagai watak ciptaan beliau.

Minifanfan now spends her days with her boyfriend living a calm and quiet life in Perlis, the smallest state in Malaysia. Their house is home to two dogs and seven cats – she admits that most of her animal-centric illustrations were inspired by her pets. Even though her illustrations are still an important part of her life, she has started placing more focus on her handcrafted products. “Besides only drawing, every artist should also be able to create real tangible work with their own two hands. The advanced state of technology today allows us to easily create and design, but products that are handcrafted can’t be replaced by technology,” she says. Despite initially creating her handmade products with restrictions due to budget, her cute DIY creations are now widely praised and has garnered attention from an international audience.


Minifanfan kini menghabiskan hari-hari beliau bersama teman lelakinya di negeri Perlis, negeri terkecil di Malaysia. Mereka juga membela dua ekor anjing dan tujuh ekor kucing. Kebanyakan ilustrasi berasas haiwan beliau diinspirasikan daripada haiwan peliharaan beliau ini. “Selain sekadar melukis, seorang artis hendaklah juga mencipta hasil kerja yang nyata dengan tangan mereka sendiri Teknologi maju pada hari ini membolehkan kita mencipta dan mereka bentuk dengan mudah, tetapi produk yang dihasilkan dengan tangan tidak dapat digantikan oleh teknologi,” ujar beliau. Dengan permulaan yang sederhana dalam menghasilkan produk buatan tangan beliau dengan modal yang terhad, hasil karya beliau kini mendapat pujian meluas dan telah mendapat perhatian daripada peminat di persada antarabangsa.

“I think that I succeeded in becoming an artist because of my optimistic outlook,” Minifanfan says. Sadly, she speaks of not having a particularly happy childhood. But instead of letting that dampen her spirits, she actually considers it to be the reason for her fascination with the notion of happiness and a source of motivation. “I told myself I can’t make everyone happy, but I have the ability to make myself happier,” she says. Although Minifanfan understands that there is no formula to becoming a successful artist, she believes her optimism and gratitude greatly contributed to her own creative growth. With enough persistence and motivation to create, you can overcome any hardships as an artist, she says.


“Saya rasa saya berjaya menjadi seorang artis kerana pandangan luaran saya yang positif,” ujar Minifanfan. Malangnya, kehidupan zaman kanak-kanak beliau tidak begitu bahagia – tetapi daripada ia melemahkan semangatnya, beliau menganggapnya sebagai sebab mengapa beliau teruja dengan gambaran sebuah kebahagiaan dan juga menjadi sebab beliau ingin menyebarkan kebahagiaan. “Saya berkata kepada diri saya sendiri, saya tidak dapat membahagiakan semua orang, tetapi saya mampu menjadikan diri saya sendiri lebih bahagia,” ujar beliau. Walaupun Minifanfan memahami bahawa tiada formula untuk muncul sebagai artis berjaya, beliau percaya sikap optimis dan rasa syukur beliau adalah unsur utama yang menyumbang kepada perkembangan beliau sebagai seorang artis. Dengan ketabahan dan motivasi yang mencukupi untuk berkarya, anda mampu mengatasi apa-apa sahaja kesukaran hidup sebagai seorang artis, kata beliau.

Many artists, especially independent ones, face the challenge of negotiating a fair price for their work and struggle to make sustainable income off of their art alone. There are very few artists that are fortunate enough to live a comfortable life off royalties and commissioned works. Minifanfan is no exception to these hardships. Her advice for younger artists that plan to pursue their art full-time is for them to have another source of income on the side. “I put my work in creative markets, sell and ship out my own products, license my art, and do commissioned work. I will sometimes even work outside of my signature illustrative style for commercial jobs just to make some extra money. With the internet nowadays, it’s possible to discover different methods of earning money. Staying resilient and being able to adapt quickly are important traits for artists in this era.”


Ramai artis, terutama artis bebas, menghadapi cabaran dalam merunding harga yang wajar dengan usaha dan susah payah mereka, untuk menjana pendapatan lestari daripada karya seni mereka semata-mata. Terdapat sebilangan kecil sahaja artis yang cukup bernasib baik dapat hidup dengan selesa hasil daripada royalti dan tempahan. Minifanfan tidak terkecuali daripada menghadapi jerih payah ini. Nasihat beliau kepada artis-artis lebih muda yang memburu kegiatan seni sebagai kerjaya sepenuh masa ialah agar mereka mencari pendapatan lain sebagai tambahan. “Saya meletakkan hasil karya saya dalam pasaran, menjual dan menghantar produk saya sendiri, melesenkan karya saya dan menerima tempahan. Kadang-kadang saya akan menghasilkan karya berbeza daripada gaya ilustrasi tersendiri saya demi kerja-kerja komersial semata-mata untuk memperoleh wang tambahan. Dengan Internet pada zaman ini, ia telah memungkinkan kita untuk meneroka kaedah lain untuk memperoleh pendapatan. Mengekalkan ketabahan dan mampu menyesuaikan diri dengan pantas adalah sifat penting untuk para artis pada zaman ini.”

Minifanfan feels like the creative community in Malaysia isn’t that active when compared with other countries. Malaysian companies don’t respect creatives as much as they should and that results in creative work being severely undervalued. Despite these harsh realities, she expresses optimism for the future of Malaysia’s creative scene. In her view, Malaysia is a very ethnically diverse country, and this represents an untapped well of diverse creators. She urges artists to decline unfair compensations for their creative work and help foster healthy competition that will ultimately benefit the developing creative scene in the region.


Minifanfan merasakan bahawa komuniti seni kreatif di Malaysia tidaklah begitu aktif jika dibandingkan dengan bandar raya antarabangsa yang lain. Syarikat-syarikat di Malaysia tidak menghargai seni kreatif seperti sepatutnya dan ia menjadikan nlai karya-karya seni berada di bawah daripada yang sepatutnya. Walaupun menghadapi kenyataan yang menduga ini, beliau melahirkan rasa optimis terhadap masa depan dunia seni kreatif di Malaysia. Pada pandangan beliau, Malaysia merupakan negara berbilang bangsa, dan ini mewakili sekelompok pekarya yang berkepelbagaian, yang masih belum diserlahkan bakat mereka. Amaran beliau ialah agar para artis tidak menerima imbuhan yang tidak wajar untuk hasil karya kreatif mereka demi memupuk persaingan sihat yang akhirnya akan dapat membantu perkembangan dunia seni kreatif.

In the future, Minifanfan plans to recreate some of her favorite films and songs in her signature illustrative style. On top of that, she will also start working on even more diverse handcrafted products. For The Handmade Fair, which takes place in England in September, she will be working alongside three other independent brands under the name Twinkle Fingers. The small group will be representing the Malaysian handcraft scene in all of its glory. With whatever free time she has left in this busy year, she hopes to continue improving on her craft and see where her creativity takes her.


Untuk masa depan beliau, Minifanfan merancang untuk menghasilkan semula filem dan lagu kegemaran beliau dalam gaya ilustrasi beliau yang tersendiri. Selain itu juga, beliau akan mula menghasilkan lebih banyak kepelbagaian barisan produk kraftangan beliau. Untuk Pameran Kraftangan England, beliau akan bekerjasama dengan tiga jenama bebas lain di bawah nama Twinkle Fingers sebagai mewakili dunia kraftangan Malaysia yang serba gemilang. Dengan masa lapang yang dapat beliau asingkan pada tahun yang sibuk ini, beliau berharap untuk terus memperbaiki karya kraf beliau dan melihat sejauh mana daya kreativitinya dapat melangkah.

Website: minifanfan.com
Facebook~/minifanfan
Instagram@minifanfan
Etsy~/minifanfan

 

Contributor: Banny Wang
I
mages Courtesy of Minifanfan


Laman web: minifanfan.com
Facebook~/minifanfan
Instagram@minifanfan
Etsy~/minifanfan

 

Penyumbang: Banny Wang
Imej adalah dengan ihsan Minifanfan

You Might Also Like你可能会喜欢