The Street Art of Katun

November 19, 2015 2015年11月19日

Katun is a Malaysian illustrator and graffiti artist. The name Katun comes from his love of drawing and reinterpreting cartoon characters, a passion that he has had ever since he was a kid. He often uses brighter tones and colors to bring more life into his street art. He is also part of a graffiti crew, which includes PHBKLK from Kuala Lumpur, ZNC and PB from Singapore, and DPT and BAMC from Los Angeles.


Katun merupakan seorang pelukis dan artis graffiti. Nama Katun berasal daripada minat beliau dalam melukis dan menginterpretasi watak-watak kartun, minat yang beliau pupuk ketika membesar sebagai seorang kanak-kanak. Beliau kerap menggunakan tona dan warna yang lebih terang untuk menjadikan seni jalanan beliau kelihatan lebih nyata. Beliau juga merupakan sebahagian daripada kru graffiti, yang termasuk PHBKLK dari Kuala Lumpur, ZNC dan PB dari Singapura, dan DPT dan BAMC dari Los Angeles.

Among the many characters you may find in the work of Katun, it’s not surprising that his favorite is the monkey. Its flexibility, agile movements and quick reflexes are all attributes that he admires and closely associates with. This is also how Katun creates his own artwork: fast, agile, and with the flexibility to explore new creative ideas. Like most artists, he believes that each of his pieces represents a part of himself.


Antara watak-watak yang anda akan dapati daripada hasil karya Katun, ia tidak mengejutkan bahawa kegemaran beliau ialah si monyet. Kelincahannya, pergerakan yang tangkas dan reflex yang pantas merupakan ciri-ciri yang beliau kagumi dan sentiasa kaitkan. Inilah caranya Katun mencipta karya seni beliau sendiri: pantas, tangkas dan dengan kelincahan untuk mempelopori idea kreatif yang baharu. Seperti kebanyakan artis, beliau percaya bahawa setiap karya beliau mewakili sebahagian daripada diri beliau.

In high school, Katun fell in love with street art and the energy that street artists bring to their work. Fortunately, he had a friend who introduced him to the street art world, which he quickly dove into and tried to learn as much as he could about it. Starting with graffiti and investigating further into other styles of street art, Katun loved the adrenaline rush that street art gave him.


Ketika zaman sekolah menengah, Katun mula berminat terhadap seni jalanan dan tenaga yang dibawa oleh artis jalanan kepada kerja mereka. Beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan yang memperkenalkan beliau ke dunia seni jalanan, yang mana beliau dengan cepatnya melibatkan diri dan cuba mempelajari sebanyak mana yang mungkin mengenainya. Bermula dengan graffiti dan menyiasat dengan lebih lanjut ke dalam gaya-gaya seni jalanan yang lain, Katun menggemari perasaan adrenalin yang dibawa oleh seni jalanan.

Every week, Katun took to the streets to practice his artwork. To get the forms and details right, Katun typically sketched out on paper three to four pieces every day. This was a form of discipline that Katun imposed on himself so that he was able to produce work, even if he didn’t have any reference materials. Labeling himself as an “art geek”, Katun believes that only the most dedicated students gain the skills needed to produce high-quality work. He draws inspiration from his friends, who are also talented artists that he admires and often learns new techniques from.


Setiap minggu, Katun turun ke jalanan untuk mempraktikkan karya seni beliau. Untuk memastikan bahawa bentuk dan butir-butirnya tepat, Katun biasanya melakar tiga atau empat helai kertas setiap hari. Ini merupakan bentuk disiplin yang dikenakan oleh Katun kepada dirinya supaya beliau dapat menghasilkan kerja, walaupun beliau tidak mempunyai sebarang bahan rujukan. Melabel dirinya sebagai “nerda seni”, Katun percaya bahawa hanya pelajar yang paling berdedikasi mendapat kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Beliau mendapat inspirasi daripada rakan-rakan beliau, yang juga merupakan artis berbakat yang beliau kagumi dan pelajari teknik-teknik yang baharu.

Katun is a frequent collaborator with graffiti artists from all over the world. He also loves to travel. He believes “that this is how we get connected, and are able to share our thoughts and the history of our country”. From his collaborations, Katun has made many friends whom he has been able to share the creative process with. He has been able to take on new perspectives on art, which has helped him evolve as an artist.


Katun selalu bekerjasama dengan artis-artis graffiti dari seluruh dunia. Beliau juga gemar mengembara. Beliau percaya “bahawa inilah caranya kami bersambung, dan dapat berkongsi pandangan kami dan sejarah negara kami”. Menerusi kerjasama beliau, Katun telah menjalinkan persahabatan dengan ramai artis yang berkongsi proses kreatif bersama beliau. Beliau telah mempelopori perspektif yang baharu dalam kesenian, yang telah membantu beliau berevolusi sebagai seorang artis.

As a Malaysian graffiti artist, Katun sees the creative environment around him improving a lot. “These days, things are getting better. The government and public have started to accept this kind of art. They look forward to events where they can see and experience it. Interest in street art and graffiti is growing among all the young kids, and in my opinion, we just need more structure and support. There are so many amazing street artists in Malaysia, but what they need is a supportive environment to bring them to the next level.”


Sebagai seorang artis graffiti Malaysia, Katun melihat persekitaran kreatif di sekeliling beliau bertambah baik. “Sekarang ini, semuanya bertambah baik. Kerajaan dan orang ramai telah mula menerima seni seperti ini. Mereka sentiasa menghadiri acara di mana mereka boleh melihat dan mengalaminya. Minat dalam seni jalanan dan graffiti sedang berkembang di kalangan semua kanak-kanak, dan pada pendapat saya, kami cuma memerlukan lebih banyak struktur dan sokongan. Terdapat ramai artis jalanan yang hebat di Malaysia, tetapi apa yang mereka perlukan ialah persekitaran yang menyokong supaya dapat membawa mereka ke peringkat yang seterusnya.”

Katun’s skill and unique style have not gone unnoticed by commercial brands that have recruited him for numerous collaborations. He always looks for partners that trust him to follow his creative instincts, allowing him to experiment and focus on what he is most passionate about. Katun’s collaborations include prints released at galleries, clothing, and more recently, a new project featuring his artwork on watches. Next year, Katun is hoping to continue working on large-scale murals.


Kemahiran dan gaya Katun yang unik dilihat oleh jenama-jenama komersial yang telah merekrut beliau untuk pelbagai kerjasama. Beliau sentiasa mencari rakan yang percaya kepada beliau untuk mengikuti naluri kreatif beliau, membenarkan beliau untuk mengeksperimen dan memfokus kepada apa yang beliau paling minat. Kerjasama Katun termasuklah cetakan yang diterbitkan di galeri, pakaian, dan yang terkini, projek yang memaparkan karya seni beliau pada jam tangan. Tahun depan, Katun berharap dapat terus menghasilkan mural-mural berskala besar.

Behance: ~katun
Instagram: @katun_

 

Contributor: Banny Wang


Behance: ~katun
Instagram: @katun_

 

Penyumbang: Banny Wang